Saturday, 30 July 2022

Profile Syarikat

SELAMAT DATANG KE SYARIKAT ISIF TRAVEL 
''AGENSI PELANCONGAN DI SELURUH MALAYSIA''


Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang menarik dan menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong.

Lawati halaman kami yang menyediakan pelbagai tempat menarik serta pakej yang mengikut cita rasa anda..

Sebarang Pertanyaan sila HUBUNGI:

ISIF  TRAVEL : 013-6875692l 

PAKEJ PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND (2022)- HARGA PROMOSI !!!

 

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, nikmati suasana di Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah kami telah sediakan beberapa tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.

SELAMAT BERCUTI !!!!!




Sementara itu ISIF TRAVEL menyediakan Tour Guide untuk anda yang masih belum merancang perjalanan di Cameron Highland..jangan buang masa!!! nanti melepas !!! dapatkan segera perkhidmatan di agensi kami dan rasai pengalaman yang menarik sepanjang percutian anda...



Dengan pakej serendah RM10 sehari, 
anda boleh lancarkan perjalanan di Cameron Highland..

DAPATKAN SEKARANG!!!

  • Pengangkutan Persendirian
  • Pemandu Pelancong Persendirian
  • Hotel
  • 7-10 Tempat Menarik 
Call / Whatsapp:

ISIF  TRAVEL : 013-6875692
FAIZ : 013-4827291




KEPUASAN DAN PENGALAMAN 
ANDA 
TANGGUNGJAWAB KAMI !!!


1. Kasimanis Strawberry Farm


Sumber: Thanesh Prem, bobbyjoshua, chanmeng phang

Terletak di atas bukit di Tanah Rata, terdapat sebuah ladang yang selalunya menjadi tarikan buat Cameron Highlands. Kiranya kalau ke Cameron Highlands dan tidak ke ladang ini, rugi betul. Apakah ladang ini? Ladang buah Strawberi! Kasimanis Strawberry Farm ini merupakan antara destinasi popular di Cameron Highlands untuk para pelancong mendapatkan buah strawberry yang manis dan segar.

Kasimanis Strawberry Farm ini merupakan sebuah tempat di mana anda bukan sahaja boleh membeli buah strawberi tetapi boleh belajar bagaimana menanam pokok strawberi, menjaganya dan akhirnya memetik buah strawberi. Di sini juga terdapat kedai cenderahati yang menyediakan pelbagai merchandise yang boleh anda dapatkan untuk orang-orang tersayang.

  • Alamat: Malaysia, Brinchang, Pahang, Malaysia
  • Waktu Operasi: 8.45am-6.30pm (setiap hari)

2. Ladang Teh Boh


Sumber: Nurul



Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.

  • Alamat: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
  • Bayaran Masuk: Percuma


 

3. Animal Feeding Rainbow Garden




Kalau anda dan anak-anak sukakan haiwan, bolehlah berkunjung ke Animal Feeding Rainbow Garden di Tanah Rata, Cameron Highlands. Dari nama saja sudah tahu yang di sini merupakan sebuah taman haiwan yang mana anda dan keluarga boleh memberi makan dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan yang mereka ada.

Ada arnab, burung-burung, kambing biri-biri dan lain-lain yang dijaga di sini. Taman ini juga dihias dengan ceria, penuh warna-warni, menjadikan ia antara destinasi dengan spot-spot bergambar yang banyak di Cameron Highlands. 

Bagi anda yang belum pernah berpeluang untuk melihat kambing atau kambing biri-biri dengan lebih dekat, pastikan anda datang ke sini. Anak-anak tentu seronok.

  • Alamat: Tapak MDCHDN 26065 Lot 15321 Robinson Fall, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
  • Waktu Operasi: 
Isnin9am-6.30pm
Selasa9am-6pm
Rabu9am-12pm
Khamis12pm-6.30pm
Jumaat9am-12pm
Sabtu12pm-6.30pm
Ahad9am-6.30pm
  • Harga Tiket: RM6 (Dewasa), RM3 (kanak-kanak)

4. Highlands Apiary Farm



Highlands Apiary Farm adalah sebuah ladang lebah yang terletak di Ringlet. Di sini, anda sekeluarga dapat mempelajari kitaran hidup lebah dan bagaimana madu lebah diekstrak daripada sarangnya.

Sebagai sebuah ladang lebah, ladang ini turut menghasilkan pelbagai tanaman bunga-bungaan yang penuh warna-warni sebagai sumber makanan bagi lebah untuk seterusnya menghasilkan madu.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di ladang ini adalah melawati kedai madu lebah untuk membeli pelbagai produk berasaskan madu, peluang untuk memetik buah strawberi, mendengar penjelasan tentang bagaimana madu dihasilkan dan merasai madu secara percuma.

  • Alamat: 1/2 Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
  • Waktu Operasi:  8.00 am – 6.00 pm
  • Harga Tiket: Percuma

5. Pasar Kea Farm

Sudah puas makan angin di Cameron Highlands? Kalau masih banyak ruang kosong dalam kereta anda tu, jangan balik dulu! Mai singgah ke Pasar Kea Farm.

Terletak hanyalah dalam sekitar 2 ke 3 km dari Brinchang dan Tringkap, di sini anda boleh melihat pelbagai pilihan sayuran dan buah-buahan segar seperti buah strawberi, oren, jagung mutiara, sayur kobis, produk jem, teh dalam aneka perisa dan bermacam-macam lagi yang diniagakan oleh kebanyakannya para pekebun dan petani sendiri.

Tidak jauh dari sini, anda boleh berjalan kaki untuk ke ladang lebah dan juga taman rama-rama.

  • Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
  • Harga Tiket: Percuma


6. MARDI Agrotechnology Park


Sumber: Zaimah


Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

  • Alamat:  JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
  • Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup Pada Aidilfitri & Aidiladha) (8.00 am – 5.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2







GUNUNG KINABALU SABAH 2022


 NIKMATI KEINDAHAN ALAM BORNEO !!!

Gunung Kinabalu (bahasa Dusun: Gayo Ngaran atau Nulu Nabalu) ialah sebuah gunung pluton terletak di Daerah Kundasang, Ranau, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Puncak ia tertinggi tidak sahaja dalam negara Malaysia malah juga di Pulau Borneo dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut;[1] gunung Kinabalu merupakan yang ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.



Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyararakat Dusun setempat, mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.





Kami daripada ISIF TRAVEL menyediakan pakej 2 Hari 1 Malam pendakian Gunung Kinabalu

!! HARGA DARI RM 780 / 2 ORANG !!


CALL & WHATSAPP :


ISIF TRAVEL : 08-515 63265
SYAMIM : 017-590 8965



Peringatan

 • Pendaki di bawah 16 tahun dianggap sebagai KANAK-KANAK dan wajib mempunyai pemandu gunung persendirian (Maksimum dikongsi oleh 2 kanak-kanak / Pemandu). Yuran Pemandu Gunung – RM 230/Pemandu.

 • Surcaj Pengambilan dan Penghantaran Hotel Luar Pinggir: Terdapat caj tambahan untuk pengambilan hotel di luar bandar:

 • RM 30 seorang untuk pengambilan dari Langkah Syabas Beach Resort, Beringgis Beach Resort, Rasa Ria Resort, Karambunai Area, Kinarut Area, dan lain-lain.

 • Caj Lebih Masa Pengangkutan [RM80 setiap pengangkutan/sehala] akan dikenakan untuk:Pengambilan dari lapangan terbang/hotel di bandar Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu/Kolam Air Panas Poring selepas jam 6 petang pada tarikh pendakian (Hari 1) DAN pemindahan bertolak dari Ibu Pejabat Taman Kinabalu ke bandar Kota Kinabalu selepas jam 7 malam pada hari turun kerana pendaki lewat ketibaan.

 • Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan Malaysia telah mengenakan Cukai Pelancongan Malaysia (TTX) berkuat kuasa mulai September 2017.

 • Pelancong asing dikehendaki membayar kadar rata sebanyak RM 10 setiap bilik setiap malam tanpa mengira tahap bintang hotel. Cukai akan dikutip daripada setiap tetamu yang mendaftar masuk terus di resort/hotel yang tidak termasuk dalam pakej.

 • Semua pasport dan visa mesti sah sekurang-kurangnya 06 bulan dari tarikh kemasukan ke destinasi negara




Terma Tempahan

 • Setelah slot pendakian anda disahkan, salinan MYKAD atau PASSPORT hendaklah diserahkan dalam hari yang sama dan bayaran penuh mesti dibuat untuk memastikan slot tersebut.

 • Tempahan akan dibatalkan tanpa notis sekiranya tiada bayaran dibuat dalam masa yang ditetapkan.

 • Tiada bayaran balik akan dibuat untuk sebarang pembatalan DAN penggantian nama/perubahan tarikh tidak dibenarkan untuk pakej bajet.




Perlepasan

• Timpohon Gate

Perlepasan

• Pastikan anda cergas dan cerdas
• Latihan mendaki digalakan seperti hiking

Pakej Percutian Pulau Perhentian

 PAKEJ PULAU PERHENTIAN 2022 – [ Snorkeling, Penginapan & Bot ]







Pakej Pulau Perhentian 2022 – Pulau Perhentian adalah salah satu pulau yang tercantik di Semenanjung Malaysia.

Pulau ini tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Terkenal dengan pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih dan laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik.

Tempahan dibuka sekarang 

Isi Kandungan Pakej Pulau Perhentian Murah

  1. Aktiviti Pulau Perhentian
  2. Waktu Sesuai Ke Pulau Perhentian
  3. Cara Ke Pulau Perhentian Dari KL
  4. Senarai Pakej Perhentian 2022
    1. Pakej DayTrip
    2. Pakej 2 Hari 1 Malam
    3. Pakej 3 Hari 2 Malam (Terbaik!)
    4. Pakej 4 Hari 3 Malam
  5. Cara tempah Pakej Perhentian ini


Aktiviti di Pulau Perhentian

Aktiviti utama di Pulau Perhentian adalah snorkeling. Apa yang anda dapat lihat semasa snorkeling di Pulau Perhentian adalah seperti penyu, ikan yu, ikan nemo, dan pelbagai ikan lain & juga batu karang.

Selain snorkeling, anda juga boleh bersantai di persisiran pantai, mandi manda dan boleh hiking ke kincir angin untuk melihat pemandangan yang cantik dan menghirup udara nyaman.

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian mengalami musim angin monsoon antara November hingga Febuari setiap tahun dan resort ditutup untuk para pelancong.

Resort dan feri dihentikan ketika musim ini kerana pada ketika ini ombak tinggi dan angin kencang membadai dengan kuat.

Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau perhentian ini adalah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang hangat hujan sekali sekala.

Cara ke Pulau Perhentian dari Kuala Lumpur

  1. Dengan menaiki pesawat anda disarankan turun di Airport Kota Bharu memandangkan masa perjalanan ke Jeti Besut hanyalah mengambil masa 45 minit hingga satu jam sahaja. Jika dari Airport Kuala Terengganu, mengambil masa 2 Jam lebih.
  2. Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus parking di Jeti Kuala Besut.

Harga Tiket Bot ke Pulau Perhentian

Jeti Kuala Besut – Pulau Perhentian

Dewasa: RM 35 sehala
Kanak-kanak: RM 20 sehala

Waktu perjalanan bot
Dari Jeti Kuala Besut:  8AM -4:30PM
Dari Pulau Perhentian: 8AM -4:30PM

Maklumat lanjut berkenaan harga parking, harga tambang teksi ke Jeti Kuala Besut.

Isif Travel
Mobile: 0136875692  
IMRAN : 0134469787

Lokasi & Gambar Penginapan

Pulau Perhentian: Harga Pakej Super Bajet!

Berikut adalah pakej bajet pulau perhentian yang ditawarkan. 

Nota: Cara tempah ada kat bawah.

Sila baca maklumat ini dulu:

  • Umur 1-4 tahun free
  • Harga untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun adalah seperti berikut:
    • Daytrip – RM60
    • 2D1N – RM170
    • 3D2N – RM210
    • 4D3N – RM250
  • Hanya muhrim sahaja dibenarkan kongsi bilik..Jika belum berkahwin, No No No!

PAYMENT CIMB or MAYBANK:-
💰 Deposit RM100 seorang utk reserved bilik. (Cancel, deposit burn)
💰 Bayaran perlu dibuat sehari sebelum check-in.
💰 Resit bayaran boleh minta semasa chek-in bilik sahaja.

Pakej Perhentian DayTrip & 2 Hari 1 Malam
Pakej MJ1 – Pakej DayTrip RM100
– RM100/Seorang (Min 5 Orang)
– Umur 5-12 tahun RM60
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Snorkling 7 Point with snorkling equipment (Blue lagoon, Turtle point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Makan Tengahari
Pakej MJ2 – 2D1N RUSHING PACKAGE RM230
– RM230/seorang (Min 2 Orang)
– Umur 5-12 tahun RM 170
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 3x (1x pagi, 1x tengahari, 1x malam)
– Snorkling 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Taxi service ke Long Beach (Hiking Kincir Angin or Lepak kat Pantai Long Beach)
Pakej Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam
Pakej MJ3 – 3D2N BASIC PACKAGE RM265
– RM265/seorang (Min 2 orang)
– Umur 5-12 tahun RM200
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 6x (2x pagi, 2x tengahari, 1x malam, 1x BBQ)
– Snorkling 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
Pakej MJ4 – 3D2N PREMIUM PACKAGE RM290
– RM265/seorang (Min 2 orang)
– Umur 5-12 tahun RM200
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 6x (2x pagi, 2x tengahari, 1x malam, 1x bbq)
– Snorkling 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Taxi service ke marine park (Mandi Pantai Pulau Besar)
– Taxi service ke Long Beach (Hiking Kincir Angin or Lepak kat Pantai Long Beach)
Pakej MJ5 – 3D2N STANDARD PACKAGE RM340
– RM 265 /seorang (min 5 orang)
– Umur 5-12 tahun RM200
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan(aircond)
– Makan 6x (2x pagi, 2x tengahari, 1x malam, 1x bbq)
– Snorkeling sekitar pulau rawa(5 point) p.rawa, p.tuku burung, p.serenggeh, light house, romantic beach
– Taxi service ke marine park (mandi pantai pulau besar)
– Taxi service ke Long beach (hiking kincir angin or lepak kat pantai long beach)
Pakej MJ6 – 3D2N FEEL GOOD PACKAGE RM355
– RM355/seorang (Min 2 orang)
– Umur 5-12 tahun RM200
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 6x (2x pagi, 2x tengahari, 1x malam, 1x bbq)
– Snorkling 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Snorkling Pulau Rawa 4 Point (Pantai Pulau Rawa, Pulau Tuku Burung, Pulau Sernggeh, Light House)
– Taxi service ke marine park (Mandi Pantai Pulau Besar)
– 1 x Taxi service ke Long Beach (Hiking Kincir Angin)
– 1 x Night Taxi Service (Fire Show)
Pakej MJ7 – 3D2N LUXURY PACKAGE RM390
– RM390/seorang (Min 8 orang)
– Umur 5-12 tahun RM200
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 6x (2x pagi, 2x tengahari, 1x malam, 1x bbq)
– Snorkling Perhentian 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Snorkling Pulau Redang 2 Point (Redang Marine Park, Baby Shark Long Beach)
– Snorkling Pulau Lang Tengah 1 Point
– Taxi service ke marine park (Mandi Pantai Pulau Besar)
Pakej Pulau Perhentian 4 Hari 3 Malam
Pakej MJ8 – 4D3N RELAX PACKAGE RM430
– RM430/seorang (Min 2 orang)
– Umur 5-12 tahun RM250
– Return boat Kuala Besut <-> Pulau Perhentian
– Penginapan aircond
– Makan 9x (3x pagi, 3x tengahari, 2x malam, 1x bbq)
– Snorkling 5 Point with snorkling equipment (Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point, Lata Air Berani)
– Snorkling Pulau Rawa 4 Point (Pantai Pulau Rawa, Pulau Serenggeh, Pulau Tuku Burung, Light House)
– Taxi service ke marine park (Mandi Pantai Pulau Besar)
– Taxi service ke Long Beach (Hiking Kincir Angin or Lepak kat Pantai Long Beach)

Cara Tempah Pakej Pulau Perhentian ISIF ini?

Untuk tempahan, sila copy maklumat ini dan hantar ke nombor di bawah,

PAKEJ PULAU PERHENTIAN
Nama:
No Telefon:
Nombor Pakej: Pakej MJ4
Tarikh Pergi:
Tarikh Pulang:
Jumlah Lelaki:
Jumlah Perempuan:
Jumlah Pasangan yang Berkahwin:
Jumlah Kanak-kanak (1-4 Tahun):
Jumlah Kanak-kanak (5-12 Tahun):
Jumlah Bayi:
Isif Travel
Mobile: 0136875692  
IMRAN : 0134469787


Profile Syarikat

SELAMAT DATANG KE SYARIKAT ISIF TRAVEL  ''AGENSI PELANCONGAN DI SELURUH MALAYSIA'' Kami menyediakan pelbagai pakej pelancong...