Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, nikmati suasana di Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.
Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah kami telah sediakan beberapa tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.
SELAMAT BERCUTI !!!!!
Sementara itu ISIF TRAVEL menyediakan Tour Guide untuk anda yang masih belum merancang perjalanan di Cameron Highland..jangan buang masa!!! nanti melepas !!! dapatkan segera perkhidmatan di agensi kami dan rasai pengalaman yang menarik sepanjang percutian anda...
DAPATKAN SEKARANG!!!
- Pengangkutan Persendirian
- Pemandu Pelancong Persendirian
- Hotel
- 7-10 Tempat Menarik
1. Kasimanis Strawberry Farm
Terletak di atas bukit di Tanah Rata, terdapat sebuah ladang yang selalunya menjadi tarikan buat Cameron Highlands. Kiranya kalau ke Cameron Highlands dan tidak ke ladang ini, rugi betul. Apakah ladang ini? Ladang buah Strawberi! Kasimanis Strawberry Farm ini merupakan antara destinasi popular di Cameron Highlands untuk para pelancong mendapatkan buah strawberry yang manis dan segar.
Kasimanis Strawberry Farm ini merupakan sebuah tempat di mana anda bukan sahaja boleh membeli buah strawberi tetapi boleh belajar bagaimana menanam pokok strawberi, menjaganya dan akhirnya memetik buah strawberi. Di sini juga terdapat kedai cenderahati yang menyediakan pelbagai merchandise yang boleh anda dapatkan untuk orang-orang tersayang.
- Alamat: Malaysia, Brinchang, Pahang, Malaysia
- Waktu Operasi: 8.45am-6.30pm (setiap hari)
2. Ladang Teh Boh
Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.
Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.
Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.
- Alamat: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
- Bayaran Masuk: Percuma
3. Animal Feeding Rainbow Garden
Ada arnab, burung-burung, kambing biri-biri dan lain-lain yang dijaga di sini. Taman ini juga dihias dengan ceria, penuh warna-warni, menjadikan ia antara destinasi dengan spot-spot bergambar yang banyak di Cameron Highlands.
Bagi anda yang belum pernah berpeluang untuk melihat kambing atau kambing biri-biri dengan lebih dekat, pastikan anda datang ke sini. Anak-anak tentu seronok.
- Alamat: Tapak MDCHDN 26065 Lot 15321 Robinson Fall, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
- Waktu Operasi:
Isnin | 9am-6.30pm |
Selasa | 9am-6pm |
Rabu | 9am-12pm |
Khamis | 12pm-6.30pm |
Jumaat | 9am-12pm |
Sabtu | 12pm-6.30pm |
Ahad | 9am-6.30pm |
- Harga Tiket: RM6 (Dewasa), RM3 (kanak-kanak)
4. Highlands Apiary Farm
Highlands Apiary Farm adalah sebuah ladang lebah yang terletak di Ringlet. Di sini, anda sekeluarga dapat mempelajari kitaran hidup lebah dan bagaimana madu lebah diekstrak daripada sarangnya.
Sebagai sebuah ladang lebah, ladang ini turut menghasilkan pelbagai tanaman bunga-bungaan yang penuh warna-warni sebagai sumber makanan bagi lebah untuk seterusnya menghasilkan madu.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di ladang ini adalah melawati kedai madu lebah untuk membeli pelbagai produk berasaskan madu, peluang untuk memetik buah strawberi, mendengar penjelasan tentang bagaimana madu dihasilkan dan merasai madu secara percuma.
- Alamat: 1/2 Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
- Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm
- Harga Tiket: Percuma
5. Pasar Kea Farm
Sudah puas makan angin di Cameron Highlands? Kalau masih banyak ruang kosong dalam kereta anda tu, jangan balik dulu! Mai singgah ke Pasar Kea Farm.
Terletak hanyalah dalam sekitar 2 ke 3 km dari Brinchang dan Tringkap, di sini anda boleh melihat pelbagai pilihan sayuran dan buah-buahan segar seperti buah strawberi, oren, jagung mutiara, sayur kobis, produk jem, teh dalam aneka perisa dan bermacam-macam lagi yang diniagakan oleh kebanyakannya para pekebun dan petani sendiri.
Tidak jauh dari sini, anda boleh berjalan kaki untuk ke ladang lebah dan juga taman rama-rama.
- Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang
- Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
- Harga Tiket: Percuma
6. MARDI Agrotechnology Park
Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.
Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.
Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.
- Alamat: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
- Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup Pada Aidilfitri & Aidiladha) (8.00 am – 5.00pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
No comments:
Post a Comment